Akibat selalu sakit perut sejak setahun kebelakangan ni..mak membuat keputusan utk bawa aku buat rawatan yang lebih serius...mula2 aku pg hospital kerajaan dlu tp oleh kerana tempoh untuk dipanggil temujanji 2 lambat sgt tambahan pula aku akan dipanggil posting 1 Julai ni, jd mak membuat keputusan membawa aku ke hospital swasta..search internet...hospital y aku pilih adalah Pantai Hospital Klang sebab die dekat dgn rmh abang aku. So aku, mak, abang dgn kakak aku pg hospital pantai dan selesai berbincang dgn dokter aku setuju untuk melakukan pemeriksaan endoskopi dan ultrasound abdomen.
Sikit ttg endoskopi y aku faham..(berdasarkan pengalaman dan kefahaman aku sendiri)
Endoskopi adlh satu kaedah yang menggunakan kamera kecil utk mengesan masalah yang terdapat dlm perut dan usus pesakit. Kalau memang adalah smthing worng dlm perut 2 insyaAllah memg nampk la..Contohnya ketumbuhan, polip, barah, usus kotor, ulser perut, gastrik atau lain2 la..Alat yang digunakan namanya skop iaitu kamera tu la..
Endoskopi ni byk, utk hidung dan telinga lain,,tp y aku buat ni endoskopi utk abdomen sb aku sakit di bahagian tengah perut pusat dan ke atas. Endoskopi utk abdomen ni terbahagi kpd dua iaitu OGDS dan Kolonoskopi. OGDS adalah pemeriksaan yang dilakukan melalui mulut (kiranya skop tu dimasukkan melalui mulut) utk cek perut manakala kolonoskopi dilakukan melalui dubur/rektum (skop tu dimasukkan melalui tempat buang najis tu) utk cek usus besar.
(Tgk blog2 atau artikel lain utk maklumat yang lebih mantap sb aku tulis berdasarkan pengalaman aku sahaja)
Ini la dia skop
Gambar aku ambil dkt google image
Hari Rawatan...
Lebih kurang pukul 8 am aku dh ada dekat hospital Pantai..daftar dan aku dibawa oleh staf dia ke unit daycare. Nurse unit daycare hospital ni muda dan sebaya je dgn aku. Aku diminta utk tukar baju dan tanggal brg kemas, jam cepet2 rambut dan semua yang ada besi la..Nurse pon dtg dn cucuk dan masukan jarum kt tangan aku..ala klu masuk wad mesti kena benda tu sb tu adalah prosedur ptg utk masukan air, dan ubat dgn cepat. Ia akan dibiarkan sehingga pesakit discharge dr hospital. y ada penutup tu. Okeh selesai tu, cucuk y pertama sakit sgt and bila nurse flush urat aku jd bengkak. Aku ckp sakit, nurse tu mcm mengelabah sikit so aku thu la dia salah pilih tmpt utk cucuk. it supposed not to hurt.. datang sorg lg nurse dn dia y cucuk lg sekali..baru la okeh..
Filem ultrasound aku..semua kelihatan normal.
Pkul 8 lebih aku dibawa ke bilik utk buat ultrasound and sambi2 tu aku bg thu dokter tu y family aku mejoriti apendix, so dia pon cek la..ultrasound tu adalah scan perut y mcm ibu mengandung buat utk thu jantina baby.. gel yang sgt sejuk diletakkan di atas perut aku dan pemeriksaan berjalan..dlm 15 minit aku buat ultrasound, aku dijemput oleh nurse balik ke daycare semula dan pkul 10 aku disorong ke bilik utk buat endoskopi pula..wuaa serius berdebar2, agaknya mcm tu la perasaan org nk pg buat operation. Sepanjang tu aku mengucap dan egt Allah (mak pesan)
Nurse tu bg thu sedikit tentang prosedur pemeriksaan. Dokter pon sampai, aku diberi dua kali spray mulut y rasanya pahit, pedas sgt2..depan semua y ada aku mengipas mulut aku dgn tgn aku.haha nurse2 tu mcm gelakkan aku..Spray tu adalah utk kebaskan tekak dan mybe utk kembangkan tekak supaya selesai pemeriksaan nty tekak tak la perit sgt. Nurse tu kata kena telan jd aku pon kumpul air liur dan telah dgn penuh kegembiraan..rasa manis je. Hohoho.....!!! Aku disuruh baring mengiring dan aku nmpk dokter bg ubat dekat tangan aku y nurse cucuk td..UBAT TIDUR!! yaa, aku thu itu adalah ubat tidur...1 saat, 2 saat...aku x egt apa2 dh..sedar2 semua dh selesai dan selamat. Mak ada kt sebelah..!!!Hepynye..tp still rasa pening, x bleh berjalan.. lepas salin pakaian, makanan sampai, kerutup ikan, kobis goreng, bubur, dan buah tembikai. Rasa dia kena dgn tekak aku..sedap!!Selesai makan dokter dtg and dia kata tiada apa yang serius, tiada ketumbuhan atau y pelik2. Aku disahkan ada gastrik tp blum jd ulser lg..Alhamdulillah!!!
Masa nk discharge
Masa nk discharge
Pihak hospital akan bagi cd rakaman endoskopi y dijalankan and report bertulis so kita boleh tgk la keadaan perut kita.
Okeh selesai...
Bayaran pula...OGDS (pakej daycare) = RM800, ultrasound = RM 150. Lain tempat, lain harga. Biasanya dalam seribu ke atas la klau buat endoskopi..
Mahal memg mahal berbanding buat kt hospital kerajaan tp nk cepat senang hati buat je la...hohoho
Bil separuh hari di Klang Specialist Medical Centre. Kopak2!!
Semoga entry kali ni membantu..
Cikbjue